...Bukeen Sekadeer Jueel Papeer Lamee.....

Wednesday, March 07, 2007

Nak Sihat??

Basmallah

Alssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Segala pujian adalah untuk ALlah Taala, Penguasa semesta alam..Solawat salam untuk junjungan mulia, Muhammad Al- Amin Sallallahualay hiwassalam..

Khaifahalukum ya ukhti, ya akhi??Kabar iman dan amal masing2?Lama ana tak surf blog sendiri. pastu tak update..tak de citer..tapi tak pe la..skang ni kecoh dengan hal kesihatan kpada orang yang dah tak sihat..sampai orang media kena stop plak iklan kat media elektronik merka asbab makanan segera. apa pula kaitan kesihatan dengan penyakit dan iklan makanan segera??asbab itu, orang kata 'Mencegah itu Lebih baik Dari Mengubat'..skng ana bagi fowd tipz kesihatan drp laman tenet mane ntah, but, dengan izin-Nya, asbab kita blaja2 amal dan hidupkan sunnah, akan berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah..AMIN..

seblom amal dan sampaikan, kenalah alert, sakit tu daripada ALlah, sihat juga daripada Allah, seperti gak hidup dan matinya kita. DIA yang lebih tau untuk apa, mengapa, di mana dsb..smoga berjaya.insyaALlah..


KHAZANAH 'SANTAPAN KESIHATAN' HULUBALANG

Berikut adalah sumbangan bersama seorang guru persilatan dan salah seorang murid kanannya. Beliau berpesan kepada webmaster :

a) Ada di antara doa-doa dibawah (dan doa-doa tambahan dimana perlu) wajib dirujuk kepada ulama-ulama, guru masing-masing, orang-orang yang berilmu dan kitab-kitab muktabar untuk mendapatkan nas/dalil yang secukupnya.

b) Bagi mereka yang berminat/atau ingin menambahkan ilmu yang telah dipelajari/diamalkan, sila pastikan anda merujuk kepada guru/ulama/orang berilmu terlebih dahulu untuk tujuan ijazah, penjelasan dan demonstrasi lebih meluas. Penerangan yang diberikan mesti melibatkan amalan-amalan asas seperti menghadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW dan pewaris-pewaris amalan (termasuk penulisnya) di bawah ini.

c) Penerangan yang diberikan dibawah tidaklah begitu terperinci. Sila dapatkan penjelasan sebagaimana (a) dan (b) di atas.

d) Untuk mereka yang berusia 18 tahun keatas sahaja. Sebaik-baiknya berusia sekitar awal 30-an hingga 40-an.

e) Terdapat juga amalan dibawah dikaitkan dengan sesetengah ajaran sesat. Rujuk terlebih dahulu sebagaimana (a) dan (b) di atas.

f) Bagi mereka yang berpenyakit tertentu (kronik atau tidak) termasuk perempuan hamil, pengamalan apa-apa yang dipaparkan dibawah mampu meninggalkan kesan sampingan tertentu. Sila dapatkan penjelasan sebagaimana (a) dan (b) diatas termasuk pakar perubatan (homeopati, moden dan tradisional dimana perlu)

g) Tujuan paparan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kelebihan atau membanding-bandingkan kelebihan amalan/petua masing-masing tetapi semata-mata untuk penyebaran pengetahuan bagi pesilat-pesilat dan orang ramai yang banyak melupai atau tidak diberitahu mengenai khazanah ini. Juga perlu diingatkan masih banyak petua/amalan selain daripada yang dipaparkan di bawah ini.

Bangun dari Tidur

Sebaik sahaja· membuka mata, rapat/samakan kedua ibujari kaki sambil mata memandang ke arah ibujari kaki yang dirapatkan. Baca doa bangun tidur.

Tarik nafas· perlahan-lahan (minima 3X dan maksima 9X) sambil membacakan dua kalimah syahadah setiap nafas.

Mengiring ke· kanan. Lakukan senaman/riadah 'kucing menggeliat' perlahan-lahan. Kemudian mengiring ke kiri dan ulangi riadah.

Kembali· mengiring ke kanan dan bangun perlahan-lahan dalam keadaan mengiring.

Rapatkan kedua· kaki dan letakkan ke atas lantai. Jika lantai simen/marmar, pastikan kaki anda diletakkan ke atas alas kain.

Bangun· perlahan-lahan dan berdiri tegak. Kemudian duduk bercangkung diikuti dengan riadah 'harimau menggeliat' atau senaman 'maqam 7'

Berdiri kembali· dan berlari anak setempat (atau lain-lain riadah yang sesuai) sehingga berpeluh.

Keringkan peluh· dengan keluar bersiar-siar diluar rumah. Tumpukan perhatian kepada alam semulajadi dan kehijauan sambil bertasbih setiap kali anda melihat kebesaran/keindahan alam ciptaan Rabbul Jalil.

Semasa· bersiar-siar, jika ada air embun pagi pada daun berpokok besar (awas..terdapat juga pokok beracun atau diracun dengan penyembur serangga), ambil sedikit dengan tangan kanan dan sapukan ke kedua belah tangan (ala wuduk)dengan memulakan dengan tangan kanan diikuti dengan tangan kiri sambil berselawat beberapa kali yang anda sukai.

Qada Hajat (buang air besar/kecil)

Baca doa masuk· tandas. Masuk ke tandas dengan kaki kiri dengan menutup kepala. Samada membuang air besar/kecil, niatkan bersama segala bentuk kekotoran dan penyakit keluar bersama-sama. Duduk mencangkung dan elakkan berdiri. Elakkan dari memandang najis. Keluar dengan kaki kanan. Baca doa keluar tandas.

Mandi

Menutup aurat.· Berwuduk penuh. Air mandian mestilah yang sejuk dan kurangkan air suam kecuali bagi mereka yang mempunyai penyakit tertentu atau bayi atau kanak-kanak yang masih kecil

Mulakan siraman· pada kaki perlahan-lahan sambil berselawat kepada Rasulullah SAW dan salam keatas Nabi Allah Khidir a.s.

Perlahan-lahan· siraman dinaikkan ke atas dalam keadaan selawat dan salam tanpa henti.. Siraman pada kedua tangan juga perlu bermula dari hujung jari sehingga bahu. Akhirnya ke leher dan muka dari dagu hingga ke dahi. Renjiskan air pada rambut (ubun-ubun) dan urut kulit kepala perlahan-lahan.

Baca Bismillah· dalam hati...Siram air perlahan-lahan dan mandilah seperti biasa.

Sepanjang· mandian, banyakkan selawat dalam hati.

Elakkan memberus· gigi/bersugi terlebih dahulu sehingga selepas sarapan.

Anda juga boleh mengamalkan sabun mandi asli (1 X seminggu) dengan ramuan:

a) Limau purut dikerat lintang, diperah airnya ke dalam air mandian bersama-sama dengan –kayu Beluru/Sintok ditumbuk dan dimasukkan kedalam baldi kosong yang dibubuh air sambil tangan mengacau-ngacau sehingga ianya mengeluarkan buih semasa air ditadah.

Baca Fatihah -· 1X, Al-Ikhlas - 3X, Al-Kursi -1X dan Selawat 3X dan ditiupkan kedalam air.

Ambil sedikit· air dengan tangan kanan menggunakan gayung (atau telapak tangan kanan) dan teguk/telan air sekali.

Kemudian kemam/simpan· sedikit air dalam mulut sambil memulakan siraman bermula dari bahu kanan sekali, bahu kiri sekali dan semasa menyiram ke kepala, semburkan air yang dikemam/simpan didalam mulut tadi sambil meniatkan keluar segala bentuk kekotoran dalam apa juga bentuk dalam diri kita.

Gantikan kain· basahan dengan tuala bersih. Kain basahan yang digunakan perlu disiram (tanpa dibilas) dan dijemur basah-basah dan tidak diperah sehingga ianya kering, barulah boleh dibasuh sekali lagi dengan cara biasa.

Sarapan

Tuangkan air· sejuk (mineral, labu sayong atau air kosong sejuk dari petisejuk -bukan yang berais) dan minum.

· Sebelum setiap teguk, niatkan 'Bismillah' dan selepas setiap teguk, niatkan 'Alhamdullillah'

Elakkan meminum· air pili walaupun bertapis.

Elakkan bernafas· didalam gelas. Habiskan air dalam senafas.

(Bagi perokok - jangan merokok terlebih dahulu)

Baca doa makan.·

Pastikan makanan· tidak terlalu panas. Mulakan sarapan dengan merasa sedikit garam terlebih dahulu (dengan tangan kanan). Kemudian bersarapan sebagaimana biasa. Habis sarapan, baca doa selepas makan.

Setelah· bersarapan, barulah memberus gigi atau bersugi.

Makanan Sarapan yang disyorkan

Susu Lembu Asli dicampur sedikit kismis (atau cebisan buah kurma) dan sedikit· madu lebah.

Nasi berlauk kering tanpa kuah.·

Kuih-muih yang tidak terlau manis·

Makanan berasaskan gandum seperti roti dsb.·

Kurangkan nasi· lemak atau makanan (berkuah dan pejal) yang pedas.

Amalan (Diet/Piramid) Pemakanan dan Minuman Harian

6 hari seminggu berasaskan sayur dan buah-buahan segar.·

Kurangkan makanan diawet termasuk barangan dalam tin, perencah, jajan,· makanan segera, air bergas dll.

1 hari seminggu makanan berasaskan daging samada ikan, ayam, lembu, kambing· dan sebagainya.

Kurangkan memakan kulit ayam, kaki ayam, hati/pedal ayam dan bahagian· belakang ayam (tempat keluar najis) Bagi lembu, kambing dan biri-biri, kurangkan memakan 'kemaluan/biji' binatang berkenaan.

Jika anda gemar memakan burung/biri-biri dan unta, amatlah baik sekali.·

Bagi anda yang· menggemari pucuk-pucuk/ulam - ulam raja, daun/buah mengkudu, pucuk paku, dll.

Lain-lain

Amalan 6+1 diatas termasuk makanan biasa juga melibatkan :

mengurangkan· makan/minum selepas jam 10.00 malam sehingga subuh. Jika ingin beribadat malam, jika perlu, minum air suam segelas (bercampur sedikit garam/atau tidak) sebagai bekal semasa keletihan atau mengantuk. Jika tidak dapat bertahan mengantuk, haruslah tidur terlebih dahulu sebelum bangun beribadat atau pun tidak.

Jika memakan· makanan, kekalkan penggunaan tangan kanan walaupun bersudu.

Makanan dikunyah· sehingga hancur sebelum ditelan Kurangkan minum melebihi dua kali selepas habis makan (kecuali anda adalah seorang perokok - selepas merokok, pastikan anda meminum air sejuk seperti diatas)

Basuh tangan· dengan menggosok kedua belah tapak tangan. Keringkan dengan cara menyapu kedua belah tangan sehingga ke siku sambil membaca selawat. Mulakan dari tangan kanan diikuti kiri.

Makanan sambilan - sebaik-baiknya 1 X sehari atau 1 X sseminggu iaitu sirih pinang lengkap dengan gambir, kapur dsb. Sirih perlulah dipetik dari pohonnya dengan salam kepada Nabi Allah Ilyas A.S. Sebaik-baiknya carilah sirih bentuk bulat untuk lelaki dan sirih bentuk bujur untuk perempuan. Sirih yang dipetik juga sebaik-baiknya yang mengadap matahari terbit dan bertemu urat. Selesai makan sirih, amalkan meminum air kelapa gading atau air kelapa muda. Kedua-dua amalan melibatkan semasa makan sirih dan meminum air kelapa gading atau kelapa muda mestilah mengikut adab makan yang disebutkan di atas dimana berkaitan

Sebelum Tidur, lakukan riadah ringkas dan minum segelas air suam dengan kaedah yang telah dinyatakan diatas.

Sedikit Adab Harian

Sebelum turun· rumah, pastikan anda berwuduk terlebih dahulu.

Pandang dengan· mata hati sejelas-jelasnya urusan yang ingin dilaksanakan pada hari berkenaan dan meyakini ianya dapat disempurnakan. (jika tidak sempurna juga..itu adalah takdir)

Sebelum· melangkah turun dari rumah, langkah dengan kaki kanan dan bacakan doa 'Bismillahi 'alaihi tawakkal tu 'alaLaah...sehingga hil-aliyyil azhiim'. Bagi mereka yang mempunyai amalan-amalan petua atau doa yang lain, pastikan anda mendapat penjelasan dari guru/ulama/kitab dan orang-orang yang berpengetahuan terlebih dahulu.

Lengahkan urusan anda jika :

a) Anda dipanggil semula masuk kerumah atau terlupa sesuatu dan kembali semula kerumah.

b) Atau anda seperti 'dihalang' oleh sesuatu (secara rohani dan jasmani)

b) Semasa memandang dengan mata hati, anda tidak nampak/gelap/kabur urusan anda itu.

Jika darurat, perlu turun juga, bacakan 2 ayat terakhir Surah Taubah/Baraah (yang dimulai dengan "Laqodjaa akum.....sehingga Rabbul Arsyil 'Azhiim'). Mulakan bacaan ayat ini dengan "a 'uuzubillahiminassyaitoonirrojiiim' (tanpa BismillahirRahmaanirRahiim...kerana Surah Taubah ini adalah satu-satunya surah dari Al-Qur'an yang tidak dimulakan dengan Bismillah...sila rujuk dengan ulama/guru/orang-orang yang berpengetahuan)

Sedikit Peringatan Makruf

Patuhilah· suruhan Allah SWT dan RasulNya sambil mengelakkan kemungkaran.

Sentiasa· bersangka-baik dan menjaga peradaban terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, Pemimpin, Guru, Ibubapa dan seluruh umat manusia.

Berfikiran· positif, matang, bijaksana dan tidak mudah putus asa.

Elakkan memenuhi· nafsu syahwat secara haram.

Kurangkan marah· (dengan berwudhu) dan banyak bersabar

Banyakkan· tawadduk, bertaubat, bersyukur, berusaha, sabar, berdoa, berharap dan takut kepadaNya serta redha akan segala pemberianNya (takdir)

Istiqamah·

Elakkan membuang· air kecil sambil berdiri terutamanya ke atas air yang tenang/mengalir, dsb. Wajib membersihkan mengikut kaedah Feqah (toharoh)

Antara Khasiat/Fadhilat/Hikmah/Kaifiyat Amalan di atas

a) Memanjangkan usia --> kecuali MAUT

b) Mengurangkan penyakit-penyakit kronik

c) Mengeratkan kasih sayang suami isteri

d) Wajah yang sukar dimakan tua atau kedut (tanpa menggunakan susuk yang haram)

e) Susuk badan yang tegap dan mampu bekerja keras walaupun usia melebih 50 tahun

f) Banyak lagi.

sumber http://www.geocities.com/pgssajkm/khazanah.htm

Monday, September 25, 2006

SALAM RAMADHAN AL -MUBARAQ

basmallah..
alssalamualaikum...

salam Ramadhan al Mubaraq...
AHLAN WAL SAHLAN
YA MARHABAN

Ana azam untuk tingkatkan iman dan taqwa kepada ALlah Robbul Izati dan amal cara kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu 'alayhiwassalam pada bulan Ramadhan, bulan puasa tahun ini, insyaALlah Taala..AAMIIIN...
Tuan- tuan & puan-puan pun kenalah azam, as a muslim. Taknak tahun ini dng tahun lepas SAMA je..Musti ade peningkatan setiap masa, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun dan sbagainya..
Tahun lepas solat dah buat, tetapi tak cukup, tahun ni (bulan puase start), cukupkan. Yang dah cukup (rasa-rasa la), percantikan ia. Jika dah cantik, diperindahkan dng solat berjemaah kat masjid (untuk orang lelaki sj, perempuan awlia, lebih afdhal kat rumah merka sj).
Dulu dah tutup aurah (macam dah tutup aurah. cth pakai baju ade gambor, seluar' slack', casual, pakai jeans ;sampi jin pun dah takde pakaian merka), ubah pakai yang sunnah. Yang lelaki pakai la kurta, jubah ge masjid (azam..), atau hampir ke arah itu. Jgn pula dress baju kebangsaan je semendang (org kata baju melayu;cekak musang, telok belanga dll).
Yang pempuan, pakai le yang labuh macam style org arab (azam...)hitam legam. Atau style Wardina, Noor Kumalasari, Aisyah (Janji Manismu)dll lagi (sekadar contoh je).

itu je la buat masa ni...letih la..nak balik..
ila liqa...

hold 4 a minute...

basmallah...
alssalamualaikum...

kelas taekwon-do mgtf di kawasan ana terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu atas asbab- asbab technical....minta maaf le, ye tuan- tuan....

harap maklum....

wassalam....

Wednesday, July 05, 2006

mgtf instructor and referee course..hheeemmm...nice

bismillah...
alssalamualaikum...

eemmm...lame x buka dn sndg kt blog nie...
tenet slow..& ana pun cibux...

itu ari ana balik kg, coz dpt meseg emak x sehat..
ana balik lps abis Seminar Tkdo MGTF utk Kursus Kejurulatihan dn Pengadilan MGTF 2006
kt Politeknik Shah Alam...
balik je, naik keta, rase sengal2..letih, siyot...
lame x trainning...well...Syabas dn Tahniah utk semua pserta seminar..
Syabas juga utk MGTF..(website..www.MGTF.ORG.MY)

pastu, mlm emak tanye..bile nak kawin...
kawin????teman ppuan pun x de...
kire tgh carik aaa ni..
sian emak ana....ana cube ikhram mane yg mampu...
sush gak nak gembirekan emak ni...
smoga Allah Taala berkati dn mudahkan urusan al Deen ana...AAMIIIN...InsyaAllah

Monday, April 10, 2006

kraker Jawe MACHE...test beli la...

sori aaa...lambat snd

kraker Jawe...MACHE......ni le rupenye

if nak cube beli...contct hp sy
0123968707
awie

Thursday, March 09, 2006

jadik student balik.....???

ana register jadi student corz Diploma Eksekutif Usuluddin UMKL...terbuka utk semua, dah keja..pelajar..pekeja dr rumah.. or utk sape2 je yg brminat (rujuk UMKL umceed.edu.my or um.edu.my)
dah sbulan jadik student u ni...ok gak...
balaja bab agama plak..itu ari ambik IT....skng ambik subject agama la plak..
ingat senang jadik student..kena ikut rules.....boring...
ramai org tue dr org mude...doakan ana berjaya...AAMIIIN!!!!

indahnya dunia ciptaan ALlah

susah gak nak tau hati ppuan nie...PONIENG DEN!!!!!
bozan tul..ujian utk ana le...sape ade tipz aa..
x reti ana...
ape2 pun trimas le utk sape yg beri komen
ana nak kawin..agama suruh...Allah Taala suruh...Nabi Muhammad SAW suruh...emak n famili pun suruh gak...kantoi...
any comment brot/sist.??!!

Monday, February 27, 2006

kraker baru org jawe

sape nak rase kraker buatan org jawe??

sape nak rase kraker baru nie....namenya "MACHA" (sebutan mache)
tunggu info terkini...ila liqa...

SESUNGGUHNYA SOLATKU IBADAHKU HIDUPKU &MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH ROBBUL IZZAT


Apa Itu Kerja Da'wah & Tabligh?

Terjemahan dari buku "In The Path of Allah" tulisan Ibrahim Hassan OkhaiUntuk mendapat menafa'at dan kebaikan dalam sesuatu pekerjaan, seseorang itu perlulah benar-benar faham dan menghayati akan maksud dan alasan untuknya melakukan kerja tersebut. Adalah juga satu kenyataan bahawa, seseorang itu tidak akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam segala apa yang dilakukannya sehingga dia benar-benar yakin akan upah atau ganjaran yang akan dia perolehi dari pekerjaannya.Memandangkan Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) adalah penutup segala nabi-nabi, maka kerja da'wah (mengajak manusia kepada Islam) diperturunkan kepada atau diwarisi oleh setiap seorang dari kalangan umat baginda (sallalaahu alayhi wasalam). Kitab suci Al-Quran bukan saja menjelaskan kebaikan dan ganjaran untuk berjuang di Jalan Allah, bahkan menjelaskan secara terang dan nyata tanggungjawab yang telah diperintahkan Allah kepada umat Nabi (sallalaahu alayhi wasalam).1. Kejayaan Dunia Akhirat. Kejayaan dunia dan akhirat adalah bergantung kepada kerja amar ma'ruf nahi munkar:"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Aali Imran 3:104)2. Ucapan Paling Baik. Ucapan dan percakapan yang paling baik adalah ucapan dan percakapan para daa'ie (pekerja agama):"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)3. Maksud Hidup. Maksud hidup Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam)dan pengikut-pengikut baginda (sallalaahu alayhi wasalam) adalah kerja da'wah (amar ma'aruf nahi munkar):"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)"4. Umat Terbaik. Kita sebenarnya adalah sebaik-baik umat kerana kita diberikan tanggungjawab dengan kerja amar ma'aruf nahi munkar:"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Aali Imran 3:110)5. Jalan Mendekati Allah. Kerja da'wah adalah cara atau jalan untuk mendekatkan diri pada Allah:"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Al-Maaidah 5:35)6. Berjuang - Perintah Allah. Perintah Allah kepada umat ini untuk berusaha keras di Jalan Allah:"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (Al-Hajj 22:78)7. Orang Beriman - Siapa? Seorang yang benar-benar beriman adalah seorang yang berjuang di Jalan Allah dengan harta dan diri:"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat 49:15)8. Jalan Yang Lurus. Kerja da'wah adalah Jalan Yang Lurus sebagaimana yang diperintahkan Allah Ta'ala kepada RasulNya:"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-An'aam 6:153)9. Perniagaan Yang Menguntungkan. Kerja da'wah adalah satu perniagaan yang menguntungkan dengan Allah:"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff 61:12)"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff 61:13)10. Hidayah. Hidayat dari Allah tertakluk dengan kerja da'wah:"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)11. Hijrah & Nusrah. Orang-orang yang beriman adalah mereka yang bergerak di jalan Allah dan mereka yang membantu golongan ini:"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
12. Perintah Allah. Adalah menjadi perintah Allah untuk bergerak di jalan Allah pada setiap masa, keadaan dan ketika dengan perbekalan yang ada."Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (At-Taubah 9:41)

... sambungan13. Diri Dan Harta Milik Allah. Nikmat kehidupan (atau kesihatan) dan nikmat harta benda setiap seorang Muslim adalah milik Allah, yang mana Allah Ta'ala telah beli kedua-duanya dengan nilai syurga. Oleh itu, diri dan harta kita perlu digunakan dengan cara yang Allah perintahkan:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (At-Taubah 9:111)14. Ancaman. Ancaman dari Allah terhadap rasa berat atau tidak senang untuk bergerak keluar ke Jalan Allah disebabkan cinta dunia:"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah 9:24)15. Ganjaran - Keluar Di Jalan Allah. Bagi mereka-meraka yang keluar ke Jalan Allah meninggalkan keluarga, rumah dan kampung halaman mereka, Allah Ta'ala bukan saja menjanjikan syurga bahkan ganjaran disisi Allah sendiri:"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)." (Aali-Imran 3:195)16. Berbelanja Di Jalan Allah. Jika kita membelanjakan segala apa yang dikurniakan Allah kepada kita hanya untuk memenuhi hawa nafsu kita semata, sesungguhnya kita sedang menyemai benih kehancuran kita sendiri:"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Baqarah 2:195)17. Azab Disebabkan Menolak Untuk Keluar Ke Jalan Allah. Allah Ta'ala menjanjikan azab kepada mereka yang asyik memburu kesenangan dunia daripada bergerak keluar ke Jalan Allah:" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak." (At-Taubah 9:38)"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (At-Taubah 9:39)18. Mencuaikan Kerja Da'wah. Bagi sesiapa yang mencuaikan kerja da'wah, Allah menjanjikan balasan azab:"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)." (Al-A'raaf 7:165)19. Meninggalkan Kerja Da'wah. Jika kita meninggalkan kerja da'wah, matlamat kerja da'wah tetap berjalan. Orang-orang yang lebih baik dari kita akan dipilih oleh Allah untuk menjalankan kerja da'wah yang mulia:"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Muhammad 47:38)20. Kedudukan Seorang Daa'ie (Pekerja Agama). Perbezaan tahap dan kedudukan dikalangan orang-orang beriman yang keluar ke Jalan Allah dan yang duduk di rumah dijelaskan bengan nyata oleh Allah:"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar." (An-Nisaa' 4:95)

21. Barisan Depan Islam. Barisan depan Islam, yang berada di saf-saf hadapan, adalah mereka yang bersedia bersusah-payah di Jalan Allah dan tidak pernah gentar serta mengelak daripada tanggungjawab (seperti para Muhajirin dan Ansar) dan mereka-mereka yang membantu dan mencontohi mereka:"Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah 9:100)22. Terbaik Dikalangan Orang-Orang Beriman. Sebenar-benarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dinyatakan dalam ayat di bawah, yang mana menerangkan kualiti-kualiti para daa'ie (pekerja agama):"(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)." (At-Taubah 9:112)23. Dasar-dasar Da'wah. Dasar-dasar da'wah yang tidak pernah berubah sepanjang masa dinyatakan seperti berikut:"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (At-Nahl 16:125)"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar." (At-Nahl 16:126)Allah Ta'ala membuka pintu hati kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya untuk menerima Islam."Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (At-An'aam 6:125)Hidayat hanya ditangan Allah, tidak pada yang selain dariNya."Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayat petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)." (Al-Layl 92:12)24. Mati Di Jalan Allah. Allah Ta'ala menjanjikan syurga kepada mereka yang terkorban atau mati di Jalan Allah."Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia." (Al-Hajj 22:58)"Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga) dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." (Al-Hajj 22:59)25. Benar-Benar Mendapat Hidayat. Mereka yang mendengar dan memperhatikan dengan teliti lalu mengikuti dan beramal dengan ayat-ayat Allah adalah mereka yang benar-benar mendapat hidayat."Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar 39:18)

saya baru tangguh program jemaah 3hari (daftarlari??). route kat area ijok nun...batu 7, ijok..surau nurul hadimin, lorong hj d.sukim..25-27 feb 2006
hidayah...
ramai org tua2 (jawarian)yg keperluan mereka keja kampung,...getah...klape sawit...bekebun..dll..
qalkuzari... sdikit dukacita..coz sy yg x buat keja...semoga Allah SWT jadikan asbab sy dan tn2 seluruh umat mdpt hidayahNYA..AAMIIIN!!!!

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI…
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah Kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark."Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan."Marah," akui saya perlahan."Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"Saya senyum."Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya."Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul.""Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama.""Marah itulah tanda kecintaan kita…""Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama.""Encik takut?"Saya renung matanya."Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan."Kita bakar bendera mereka!""Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti."Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan.""Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?""Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat.""Pengajaran tersirat?""Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini.""Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat."Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu.""Maksud encik?"Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata."Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami.""Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!""Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian."Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur.""Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang."Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba."Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan."Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!""Soalan tu kurang umph," gurau saya."Habis soalan apa yang umph?""Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga.""Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…""Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya.""Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!""Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!


"SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN SATU AYAT" HADITH NABI SAW..

Satu analisis yang adil tentang JT (Jemaah Tabligh)

oleh Hafiz Firdaus

Harap para ustaz dan ustazah dapat menerangkan sedikit tentang Jemaah Tabligh. Sebagai org yang tidak mendapat pendidikan agama secara formal kadang-kadang saya rasa terkeliru dgn aktiviti mereka. Bukan nak cari salah atau keburukkan tetapi atas dasar kerana saya tidak arif dlm hal-hal agama.

Semoga rakan di islah-net dapat membantu.


Assalamualaikum warahmatullah,

Setiap jamaah atau aliran memiliki kelebihan dan kekurangan. Ini adalah lumrah kerana yang menganggotainya ialah manusia yang serba tidak bebas drpd kekurangan.

Hemat saya, kebaikan Jamaah Tabligh (singkatan JT) adalah seperti berikut:

[1] Hidup berjamaah dengan satu ikatan yang amat kuat.

[2] Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang demi mencapai tujuan
mereka.

[3] Berjaya mendisiplinkan diri menjauhi perdebatan yang tidak bermanfaat dalam hal-hal agama yang diperselisihkan.

[4] Satu-satunya jamaah yang memiliki persiapan fizikal untuk turun ke medan jihad peperangan.

Kekurangannya hanya satu:

[1] Mencukupkan diri dengan satu sumber ilmu sahaja, iaitu kitab Fadhail Amal.

Kekurangan ini bagi saya tidak terbatas kepada JT sahaja kerana mana-mana jamaah atau aliran akan membataskan diri mereka kepada satu silibus sahaja. Jamaah tariqat kepada buku-2 Sufi sahaja, jamaah al-Albaniyun kepada buku-2 al-Albani sahaja, jamaah Ikhwan kepada buku-2 Ikhwan sahaja, Syi'ah dgn buku-2 Syiah sahaja dan demikianlah seterusnya.

Seandainya JT dan juga mana-mana jamaah lain dapat mengubah sikap ini, ia akan membawa manfaat yang besar kepada mereka khususnya dan umat Islam umumnya.

Beberapa fitnah yang biasa dilontarkan kepada JT:

[1] Buku Fadhail Amal (singkatan FA) banyak hadis dhaif dan maudhu'.

Jawap: Tuduhan di atas lazim kedengaran tetapi setakat ini belum saya menjumpai sesiapa yang secara khusus mentakhrij hadis-hadis dlm kitab Fadhail Amal. Tanya takhrij yang lengkap, bagaimana mereka tahu di dalamnya ada "banyak" hadis dhaif dan maudhu ?

Sekadar kajian saya, Maulana rahimahullah ketika menyusun kitab FA merujuk hadis-hadis kepada 4 sumber berikut:

[a] Kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai & Ibn Majah)

[b] Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri[c] Kitab Majma' al-Zawa'id oleh al-Haitsami

[d] Kitab Jami' al-Shagheir oleh al-Suyuti.

Di dalam kitab FA memang terdapat hadis-hadis dhaif di mana:

[a] Maulana rahimahullah berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis dhaif untuk Fadhail Amal.

[b] Darjat hadis dirujuk beliau kepada apa yang dinilai oleh tokoh-tokoh sepertimana dalam rujukan di atas.

Sikap yang benar di dalam masalah ini ialah memahami manhaj Maulana Zakaria dalam menyusun FA. Jika benar ada "banyak" hadis dhaif, maka itu memang merupakan manhaj beliau sebagaimana manhaj kebanyakan tokoh lain.

Jika benar ada hadis maudhu, maka adakah itu satu kesengajaan oleh Maulana ? Saya pasti tidak pasti.


[2] Buku Fadhail Amal memiliki banyak ajaran kurafat dan bid'ah.

Jawap: Sekali lagi, siapakah yang telah mentahqiq kitab FA secara lengkap sehingga dapat dikatakan jumlahnya ialah "banyak" ?

Kedua, kurafat dan bid'ah tersebut - adakah ia sesuatu yang disepakati atau masih ada perbezaan pendapat di dalamnya.

Ketiga, jika ada maka tugas kita ialah membetulkannya dan bukan mengkritik sehingga mengeneralisasikannya kepada seluruh kitab FA.

Keempat, Maulana Zakaria di akhir kitab Fadhail Solat ada menerangkan bahawa sebahagian kisah yang dibawanya itu bersifat "longgar" bertujuan untuk menarik atau menggerunkan hati. Beliau menegaskan ia bukannya hadis. Ini merupakan manhaj yang dipegang oleh sebahagian tokoh terdahulu.

Kelima, kurafat dan bid'ah adalah masalah yang terdapat di dalam pelbagai aliran, maka kenapa dikhususkannya kepada JT sehingga ditutupi segala kebaikan mereka yang lain ?



[3] JT tidak memiliki ilmu dalam berdakwah.

Jawap: Sekali lagi, siapakah yang memiliki ilmu yang mencukupi untuk berdakwah ? Jika ilmu mereka sudah cukup, kritikan sebegini tidak akan keluar drpd mulut mereka. Jika ilmu belum cukup, maka kenapa sibuk kritik orang lain ?


[4] Keluar 3, 40 hari bukan sunnah.

Jawap: Pada zahirnya, membicarakan hukum dengan istilah "wajib, sunat, harus, makruh, haram" bukan juga sunnah. Akan tetapi ianya diformulakan oleh para fuqaha untuk memudahkan pemahaman orang awam kepada kandungan hukum yang terdapat di dalam dalil-dalil al-Qur'an dan al-Sunnah.

Membicarakan fiqh dengan 5 istilah tersebut bukan sunnah akan tetapi ia memudahkan orang awam mengambil dan mentaati sunnah.Demikian juga, membataskan keluar berdakwah kepada sekian-sekian hari bulanlah sunnah. Akan tetapi ia hanya satu metode mendisiplinkan ahli JT dalam berdakwah mengikut sunnah. Jika ada ahli JT yang keluar sentiasa ia lebih baik. Memandangkan masing-masing sibuk dengan tanggung jawab lain, digariskan beberapa jumlah hari tertentu bagi memudahkan perancangan dakwah mereka.

Justeru 3 hari, 40 hari bukanlah sunnah akan tetapi ia hanyalah metode yang digunakan bagi mendisiplinkan diri mempraktikkan sunnah untuk berdakwah.


Demikian beberapa poin yang sempat saya ulas saat ini.

Pendek cerita, menjadi kelaziman manusia suka mencari dan membesarkan kekurangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Di waktu yang sama mereka mengecilkan apa-apa kelebihan yang ada.

Prinsip yang penting apabila kita mengkaji aliran yang lain ialah berusaha untuk memahaminya dan bukan menjauhinya. Jika kita berusaha memahaminya, kita akan dapat menemui pelbagai kebaikannya. Jika kita berusaha menjauhinya, kita akan dapat menemui pelbagai keburukannya.

Jika ada perbezaan antara manhaj maka hendaklah diselidik, adakah perbezaan tersebut sesuatu yang khilaf atau sepakat. Jika khilaf maka kita bersikap toleran, jika sepakat kita berhikmah untuk membetulkannya. Sebelum melakukan itu semua, kita sendiri perlu ada ilmu untuk menilai antara khilaf dan sepakat.

Jadilah pendakwah, bukan penghukum. Berusahalah membetulkan orang, bukan menyalahkan orang. Ulasan saya di atas tidak khusus kepada JT sahaja tetapi umum kepada sesiapa yang ingin menilai lain-lain jamaah atau aliran seperti Sufism, Salafi, Syi'ah, Hizbi, Ikhwan dan lain-lain lagi.

copy from islah-net